[VIDEO] ‘Saya tidak merayu kerana saya tahu saya tidak diadili sebaiknya’

5 hours ago 2

PETALING JAYA – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang digantung keahlian parti tidak akan membuat rayuan terhadap tindakan yang dikenakan terhadapnya sejak dua tahun lalu.

Dakwanya, beliau digantung keahlian UMNO tanpa mengikut prosedur, tetapi perlu mengikut prosedur apabila UMNO Bahagian Sembrong membuat usul meminta supaya beliau diterima semula.

“Ada kata saya terhegeh-hegeh dan bodoh sombong. Usul agar penggantungan saya ditarik balik bukan datang daripada saya, ia daripada UMNO Bahagian Sembrong sendiri.

“Maka menjadi tanggungjawab kepimpinan parti (UMNO) memberi jawapan dan penjelasan kepada mereka, bukan kepada saya,” katanya menerusi satu rakaman video hari ini.

Mesyuarat MKT UMNO malam tadi menetapkan boleh mempertimbangkan rayuan dikemukakan oleh mana-mana ahli yang dikenakan tindakan disiplin selaras dengan Fasal 20.12 Perlembagaan UMNO.

Terdahulu, Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong mendakwa, beliau digantung keahlian UMNO sejak Januari 2023 tanpa sebarang penjelasan atau perincian hingga hari ini.

Dakwanya, beliau masih tidak dimaklumkan secara rasmi dan bertulis mengenai sebarang kesalahan spesifik yang dilakukan, malah tidak dipanggil bagi memberi penjelasan atau membela diri.

“Saya tidak dibicara di hadapan jawatankuasa disiplin dan ada bertanya kenapa saya tidak merayu? Saya tidak merayu kerana saya tahu saya tidak diadili sebaiknya dan saya enggan menggadaikan prinsip yang saya pegang,” katanya.

Hishammuddin namun menegaskan, kesetiaan beliau terhadap perjuangan UMNO tidak pernah berubah, malah tindakan dikenakan terhadapnya tidak menjejaskan keharmonian UMNO Bahagian Sembrong serta hubungan baik beliau dengan masyarakat.

“Saya tetap diundang ke majlis-majlis dan diterima seperti sebahagian daripada mereka. Hubungan saya dengan rakyat tidak pernah bergantung kepada jawatan mahupun status dan keahlian.

“Mereka (MKT UMNO) telah buat keputusan dan saya teruskan langkah hadapan dengan bermaruah dan berprinsip. Inilah perjuangan, nilai dan makna. Rayuan bukan penentu kesetiaan saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@hishammuddinh2o Memandangkan saya menerima banyak panggilan, mesej dan pertanyaan – saya terpanggil untuk sekurang-kurangnya menjelaskan fakta berhubung dakwaan terhadap diri saya. 𝐏𝐫𝐢𝐧𝐬𝐢𝐩 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬 – 𝐫𝐚𝐲𝐮𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐞𝐧𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐲𝐚. #MalaysiaTikTok #Malaysia #Hishammuddin #H20 #Hishamudin #HishammuddinHussein #fyp #fypシ゚viral #fypage #fypシ゚ #UMNO #BarisanNasional #AhliParlimen #Sembrong #UMNOSembrong #MKTUMNO #Setia #PolitikTok #PolitikMalaysia #Politik #Integriti #Keadilan #Prinsip #Nilai #Makna #Perjuangan #Penjelasan #Dakwaan ♬ original sound – Hishammuddin Hussein
Read Entire Article
Pertanian | | | |