[VIDEO] Sarung bagasi gambar kucing, pelepas rindu di Mekah

11 hours ago 5

PETALING JAYA – Seorang bakal jemaah haji menempah beberapa helai sarung bagasi menggunakan gambar kucing hitam peliharaannya sebagai pelepas rindu sepanjang berada di Tanah Suci.

Menerusi video dikongsikan pengguna TikTok Fizah Fikri memaparkan empat bagasi yang telah dibungkus dengan sarung bagasi menggunakan gambar pelbagai aksi kucing kesayangannya.

Turut disertakan ialah gambar bendera Malaysia pada sarung bagasi tersebut dan ia ditempah sendiri oleh pemilik kucing itu menerusi aplikasi e-dagang.

“Jangan risau Rashid (nama kucing) ikut sekali. Kalau lah boleh, memang dah bawa dia,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan perjalanan pergi dan pulang wanita tersebut untuk menunaikan rukun Islam kelima, termasuk keselamatan Rashid sepanjang pemiliknya berada di Tanah Suci.

“Rasanya nanti Rashid tak nangis, tapi mak Rashid yang menangis bila tengok beg,” komen CikNat pada TikTok.

“Saya faham perasaan ni, dilema betul ya bila nak jalan jauh,” komen Nur Nadhira.

“Moga mak ayah Rashid pulang dengan haji yang mabrur. Rashid jangan sedih-sedih,” kata Yippaa. – KOSMO! ONLINE

@fizahfikri Kalau la boleh memang dah bawa dia sekali #rashid #kucinghitam #blackcat ♬ suara asli – ..
Read Entire Article
Pertanian | | | |