‘Syafiq dah sedia jadi ayah, tiap hari berangan nama anak’

10 hours ago 4

KUALA LUMPUR – Pelakon jelita, Mimi Lana mengakui sudah bersedia sekiranya dia dikurniakan zuriat pada bila-bila masa sejak berkahwin dengan Syafiq Kyle tiga bulan lalu.

Menurut Mimi atau nama sebenarnya Mimi Roziana Zainal Abiding, 30, dia dan Syafiq pernah berbincang soal membina keluarga.

“Sebagai pasangan berkahwin sudah tentu kami ada bercakap soal anak. Tetapi kami menyerahkan soal rezeki anak kepada Allah SWT. Apa yang boleh kami lakukan adalah berusaha. Kalau ada rezeki, ada lah.

“Saya memang sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu. Syafiq lagilah sudah lebih bersedia untuk menjadi seorang ayah. Tiap-tiap hari dia bercakap fasal nama anak,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui di majlis meperkenalkan Mimi Lana sebagai duta kempen jenama Fila di sini, hari ini.

Bakal masuk ke set penggambaran sebuah filem seram tidak lama lagi, kata Mimi, dia tidak pernah merancang untuk hamil pada waktu-waktu tertentu.

“Kalau nak kata nak hamil selepas habis penggambaran drama atau filem, memang sampai bila-bila pun kerja tu takkan habis.

“Dulu pun kalau tunggu habis penggambaran, memang tak kahwinlah saya. Sekarang bila dah kahwin kalau boleh tak mahu tunggu-tunggu lagi.

“Kalau ada rezeki dapat anak dalam masa terdekat kami bersyukur. Doakan saya,” ujarnya.

Baru sahaja pulang daripada Mesir untuk penggambaran sebuah program, kata Mimi, dia menggunakan peluang tersebut sebagai pra bulan madu bersama suami.

“Kami belum sempat untuk pergi bulan madu lagi kerana masing-masing sibuk. Jadi penggambaran semalam seminggu di Mesir kami anggap sebagai pra bulan madu sebelum kami pergi bulan madu yang sebenar.

Untuk rekod, Mimi dan Syafiq telah melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis tertutup di kampung halaman Mimi di Taiping, Perak pada 14 Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |