Setia Mad About Homes 2025 tawar hadiah rumah RM500,000

9 hours ago 3

PETALING JAYA – S P Setia Bhd. (Setia) baru-baru ini melancarkan kempen terbaharunya, ‘Setia Mad About Homes 2025’ yang menawarkan ganjaran menarik kepada pembeli rumah, termasuk peluang untuk memenangi kediaman berservis di Temasya Glenmarie, Shah Alam bernilai lebih RM500,000.

Sepanjang tempoh kempen jualan dari 9 Mei hingga 31 Ogos 2025, kira-kira 30 perbandaran utama Setia di seluruh negara akan menganjurkan acara gaya hidup di galeri jualan masing-masing yang bertempat di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Sabah.

Ia menampilkan aktiviti menyeronokkan seperti pelancaran baharu, acara Hari Terbuka, Hari Trak Makanan, Lawatan Unit Pertunjukan dan banyak lagi.

Selain itu, Setia Mad About Homes 2025 menawarkan ganjaran menarik seperti pakej kelengkapan, subsidi yuran penyelenggaraan, ansuran faedah 0%, perlindungan yuran guaman untuk perjanjian jual beli (SPA) dan perjanjian pinjaman, serta perlindungan yuran memorandum pemindahan (MOT).

Ketua Pegawai Komersial Setia, Christinne Lim berkata, kempen berkenaan adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk mempamerkan pembangunan Setia yang direka dengan teliti dan mampan dengan hadiah serta tawaran menarik.

Kempen ini berlangsung dari 9 Mei hingga 31 Ogos 2025.

“Kami mengalu-alukan semua orang bersama rakan dan keluarga mereka untuk menyertai keseronokan di galeri jualan kami yang tersenarai di seluruh negara untuk berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk hadiah utama Temasya Prisma, iaitu unit kediaman berservis dalam kawasan hijau di Temasya Alam,” katanya dalam kenyataan.

Temasya Prisma terletak di salah satu petak pembangunan terakhir di Temasya Glenmarie, Shah Alam, terdiri daripada 216 unit pangsapuri servis berketumpatan rendah yang dijangka siap tahun depan.

Sesuai dengan keperluan profesional muda hingga isi rumah yang lebih besar, pembangunan itu akan dihubungkan secara langsung dengan pusat membeli-belah gaya hidup, denfan kemudahan dua laluan LRT berdekatan, termasuk LRT Laluan 2 sedia ada dan LRT Laluan 3 yang akan datang.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, sila layari https://spsetia.com/en-us/others/setia mad-about-homes atau ikuti akaun Instagram Setia: SP Setia Bhd dan Citizen Setia. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |