Warga emas seorang diri mati dalam rumah

10 hours ago 5

GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga emas ditemukan mati seorang diri di rumahnya di tingkat 18, Flat 100, Sungai Pinang di sini, tengah malam tadi.

Mayat Chew Sze Sun, 72, dijumpai dalam keadaan terlentang dan hampir reput dipercayai di dalam bilik tidurnya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan polis berhubung kejadian pintu rumah terkunci pada pukul 12.45 malam.

Menurutnya, operasi tersebut melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan l Mohd. Akmal Nasjuan.

Mayat lelaki warga emas ditemukan di dalam rumahnya di tingkat 18, Flat 100, Sungai Pinang, malam tadi.

“Pintu rumah tersebut telah berjaya dibuka dengan menggunakan peralatan khas. Terdapat seorang mangsa iaitu warga emas berada di dalam rumah tersebut.

“Mangsa telah disahkan mati oleh pihak Kementerian Kesihatan yang turut berada di lokasi kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Beliau memberitahu lagi, mayat warga emas tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |