HONOR memperlihatkan prestasi kukuh dalam segmen premium, mengekalkan kedudukan tiga teratas dalam industri.
Data laporan menunjukkan pada September 2025, HONOR berada di tangga ketiga dari segi jualan telefon pintar dalam lingkungan harga atas RM4,000, di belakang siri iPhone Apple dan Samsung Galaxy.
Ini menggambarkan pertumbuhan pesat dan penerimaan meluas jenama itu dalam pasaran mewah.
Lebih membanggakan, dalam segmen ultra-premium yang menempatkan telefon pintar pada tanda harga melebihi RM6,000, HONOR meraih kedudukan Naib Juara dari segi jualan, kejayaan yang didorong oleh dedikasi berterusan dalam inovasi telefon boleh lipat.
Melangkaui telefon pintar, tablet HONOR turut menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila siri HONOR MagicPad menduduki tangga kedua teratas untuk jualan dalam segmen tablet di atas paras RM2,000.
Selain itu, dalam pasaran komputer riba yang sangat kompetitif untuk model melebihi RM5,000, HONOR terus menunjukkan pertumbuhan stabil dan secara beransur-ansur mengembangkan pengaruhnya.
Aspek perkhidmatan selepas jualan menawarkan ketenangan fikiran kepada pengguna sepanjang perjalanan pemilikan HONOR.Analisis faktor kejayaan
Untuk mengukuhkan kedudukan dalam segmen premium bukan mudah, ia perlu disokong faktor-faktor kukuh bagi menjadikannya pilihan pengguna.
Antara faktor jelas yang menyumbang kepada kejayaan tersebut ialah dorongan inovasi, yang mana berbanding menjadi pengikut kepada trend industri, HONOR fokus untuk mengenal pasti keperluan pengguna yang tidak dipenuhi dalam penggunaan sebenar, mencipta inovasi dalam aspek yang kurang memuaskan pada pengalaman pengguna.
Dengan menyediakan sambungan rangkaian lebih unggul, hayat bateri tahan lama, teknologi paparan selesa pada mata yang terkemuka, serta ciri kecerdasan buatan (AI) praktikal, HONOR menawarkan pengguna alternatif bernilai tinggi, sekaligus mewujudkan identiti teknologi tersendiri.
Selain itu, HONOR juga memahami sensitiviti pengguna kelas pertengahan terhadap kualiti dan harga.
Dengan mencipta produk yang mempunyai nilai-untuk-wang yang luar biasa, jenama itu membolehkan pengguna menikmati pengalaman setanding, malah melebihi model premium tanpa perlu membayar harga tinggi.
Ini bermakna pengguna kelas pertengahan yang memilih HONOR dapat mengakses teknologi canggih sambil berjimat sekurang-kurangnya RM2,000 daripada bajet mereka, mencapai keseimbangan sempurna antara perbelanjaan bijak dan gaya hidup berkualiti.
Ketiga ialah komitmen HONOR kepada kualiti, disokong kepastian dalam perkhidmatan.
HONOR percaya bahawa produk yang cemerlang melangkaui keadaan telefon ketika masih baharu keluar dari kilang, sebaliknya merangkumi keseluruhan kitaran hayat penggunaan.
Jaminan kualiti mereka membentuk satu kitaran lengkap: daripada kawalan ketat ke atas proses penyelidikan dan pembangunan (R&D), reka bentuk, dan pembuatan bagi memastikan kebolehpercayaan serta ketahanan perkakasan, hinggalah sokongan rangkaian perkhidmatan pasca jual yang meluas, responsif, dan mesra pengguna.
Ini menawarkan ketenangan fikiran kepada pengguna sepanjang perjalanan pemilikan HONOR, daripada pembelian hingga penggunaan harian.
Pengalaman penggunaan antara aspek utama yang diberi perhatian dalam proses R&D HONOR.Pengukuhan jenama
Memanfaatkan momentum kukuh semasa, HONOR bakal melancarkan telefon flagship generasi baharu, HONOR Magic8 Pro. Menurut laporan, produk ini telah mencapai terobosan signifikan dalam sistem pencitraan (imagery).
Melalui integrasi mendalam antara peningkatan perkakasan dan pengoptimuman algoritma, peranti ini menghadirkan peningkatan menyeluruh dalam aspek-aspek kritikal seperti fotografi malam dan zoom telefoto. Kedudukan ini dijangka menetapkan semula standard pencitraan dalam pasaran telefon high-end yang semakin kompetitif.
Ini bukan sahaja menunjukkan tekad HONOR untuk konsisten bergerak ke arah pasaran lebih tinggi, malah menandakan niatnya untuk menyatukan kedudukan yang susah payah diperoleh dengan inovasi lebih berkuasa, menyampaikan pilihan yang melebihi jangkaan pengguna high-end. – KOSMO! ONLINE

3 hours ago
2










![[VIDEO] Pempengaruh dikecam buat live lucah, isteri turut gelak](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-06-at-3.28.35-PM.jpeg)






































