‘Amber Heard’ – Kecoh konon Nubhan perli isteri di Instagram?

3 hours ago 1

PETALING JAYA – “Amber Heard.”

Itu perkongsian ringkas penyanyi Nubhan memetik nama pelakon sensasi Amerika Syarikat, juga bekas isteri kepada aktor Johnny Depp yang mencetuskan tanda tanya ramai.

Dalam tempoh singkat, spekulasi bertebaran di laman sosial apabila ada netizen berkongsi tangkap layar status tersebut seterusnya mengundang telahan perkongsian berbaur perlian itu ditujukan kepada isterinya, Dr. Afifah Hidayah.

Biarpun tidak menyebut nama lain, masih ramai menganggap tindakan Nubhan adalah berpunca daripada hantaran isterinya dalam Threads berkenaan tanggungjawab menjaga anak secara bersama walaupun selepas berpisah.

“Beria-ia Nubhan nak samakan isteri kau dengan Amber Heard ke? Kalau sama sekali pun tidak perlu muat naik, baik kau diam je,” kata netizen.

“Dia ini lebih kurang Jofliam (pempengaruh) juga. Laki kalau jenis perli, merentan nampak buruk betul. Nasiblah isteri berpendidikan ada kerjaya sendiri,” ujar netizen lain.

“Harap-harap bini dia tak ‘get back’ (bersatu kembali) dengan dia. Dah macam-macam dia cuba untuk mencerminkan isteri dia buruk,” ujar seorang lagi pengguna Threads.

Terdahulu, kes penderaan domestik membabitkan Depp dan Heard pada 2022 menjadi tumpuan dunia dengan mahkamah memutuskan kemenangan atas dakwaan didera berpihak kepada aktor itu.

Secara tidak langsung, hantaran dibuat Nubhan didakwa seolah-olah merujuk kepada wanita yang mempunyai masalah mental iaitu Boderline Personality Disorder (BPD) dan Histrionic Personality Disorder (HPD) seperti aktres berkenaan.

Sementara itu, semalam, Nubhan memfailkan hadanah atau hak penjagaan anak tiga zuriat mereka iaitu Aafiyah, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3, ketika permohonan pengesahan perceraian mereka masih dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam menetapkan tarikh untuk sebutan kedua merekod persetujuan hasil perbincangan plaintif dan defendan adalah pada 26 November depan.

Tidak lama kemudian, Afifah memuat naik hantaran dalam Threads mengenai tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak meskipun sudah berpisah.

Terdahulu, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Nubhan mengejutkan ramai apabila didakwa sudah menceraikan isterinya selain memfailkan pengesahan lafaz talak.

Mahkamah Rendah Syariah Sepang seterusnya menetapkan 2 Disember depan bagi tarikh sebutan kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan Nubhan ke atas Afifah. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |