‘Tolong saya move on, dah meringkuk dan jalani hukuman’

7 hours ago 3

PETALING JAYA – Pelakon Tony Eusoff melahirkan rasa terkilan apabila ada sebilangan netizen yang sepertinya tidak berhenti menghukum dirinya atas kesilapan lampau terkait penyalahgunaan dadah 10 tahun lalu.

Tony atau nama sebenarnya, Anthony Joseph anak Hermas Rajiman, 48 berkata, dia sudah selesai menjalani hukuman dan menyesali titik hitam yang berlaku dalam hidupnya itu.

“Ya betul, saya kena ban (digam) sebab salah saya sendiri. Bukan salah orang lain.

“Malah, saya dah selesai menjalani hukuman dan telah dibebaskan selepas beberapa bulan meringkuk (dalam penjara).

“Tapi apa niat awak nak timbulkan isu ini? Saya cuma ingin tahu. Mohon pencerahan,” katanya menerusi Instastory.

Tangkap layar rasa terkilan Tony Eusoff selepas netizen terus menghukum dirinya atas kesalahan lampau yang dikongsikan menerusi Instagram.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial menulis: ‘”Dia ni Singapura blacklist (senarai hitam) dari masuk ke sana kan? Sebab pernah masuk penjara atas kesalahan dadah. Malaysia tak banned (gam)?”

Pelakon filem Mencari Ramlee itu lantas menambah, dia sudah move on daripada kesilapan lama, namun mengakui akan tetap ada pembenci di mana-mana.

“Haih, kisah 10 tahun yang lalu ni. Tolonglah tolong saya move on. Saya pernah berhutang dengan awak ke? Benci sangat sebab apa ya? Saya rasa haters gonna gate lah kan (pembenci akan selamanya membenci),” coretnya lagi di ruangan sama.

Untuk rekod, mahkamah Singapura pernah menjatuhkan hukuman lapan bulan penjara ke atas Tony Eusoff kerana memiliki dadah.

Dia didakwa memiliki dadah itu di balai ketibaan bas Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 12 Mac lepas.

Beliau dipercayai memiliki paket yang mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram cebisan bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |