HONOR kini menerajui evolusi teknologi pengimejan untuk telefon pintar dengan menampilkan siri HONOR 400 yang dilengkapi dengan fungsi AI Imej ke Video.
Hasil kerjasama dengan Google Cloud menjadikan siri HONOR 400 sebagai sebuah peranti pintar pertama yang membolehkan video dihasilkan daripada imej atau gambar statik.
Ketika jenama lain masih memberi tumpuan kepada suntingan foto berasaskan AI, peranti ini boleh menghasilkan video lengkap dengan hanya satu klik sahaja.
Penyuntingan foto AI adalah sesuatu yang biasa, tetapi menghasilkan video daripada imej mengubah kemampuan sebenar untuk sesebuah telefon pintar.
Siri HONOR 400 bukan sekadar merakam detik dalam bentuk gambar, tetapi mampu menghidupkan kembali memori pengguna.
Fungsi baharu AI Imej ke Video juga membolehkan peranti pintar ini menghasilkan pergerakan pada subjek, mengubah setiap imej statik kepada video MP4 pendek berdurasi lima saat.

Selain tu, pengguna juga boleh memilih untuk memproses video tersebut dalam format 16:9 atau 9:16.
Malah, melalui fungsi yang tersedia pada peranti tersebut, pengguna tidak perlu lagi mencari platform penyuntingan AI secara dalam talian untuk berbuat demikian.
Semuanya boleh dilakukan menerusi fungsi AI yang terbina dalam siri HONOR 400.
Dalam pada itu, melalui fungsi tersebut juga, ia mampu untuk menghidupkan semula emosi di sebalik setiap gambar.
Teknologi AI dalam siri HONOR 400 boleh menghidupkan semula kenangan foto lama keluarga.
Bayangkan gambar hitam putih nenek yang diambil pada tahun 1950-an dapat dijelmakan dalam bentuk video dan anda dapat melihat dia berpaling dan tersenyum.
Selain itu, gambar senyuman pertama bayi yang menjadi kenangan seumur hidup juga boleh dijadikan video dan boleh ditonton berulang kali.
Memori-memori manis lain seperti waktu graduasi, sambutan ulang tahun dan potret perkahwinan bersama insan tersayang yang dirakam dalam bentuk gambar boleh boleh dihidupkan semula dengan keupayaan AI yang ada pada peranti tersebut.

Dalam pada itu, selain dilengkapi dengan AI Imej ke Video, siri HONOR 400 juga turut menawarkan fungsi penyuntingan AI yang lain.
Fungsi ini sesuai untuk mereka yang sering mencipta kandungan di laman sosial terutamanya seperti Instagram dan Tik Tok.
Peranti ini juga menawarkan pelbagai fungsi penyuntingan AI seperti AI Eraser, AI Outpainting, AI Cutout dan Moving Photo Collage.
Melalui fungsi AI Eraser pengguna boleh memadam atau membuang objek tidak diingini dan menghilangkan pantulan dari cermin dan kaca.
Siri HONOR 400 juga dilengkapi dengan AI Outpainting yang meluaskan sempadan imej secara pintar.
Manakala fungsi AI Cutout membolehkan pengguna mengekstrak objek atau individu daripada latar belakang bagi membolehkan pengubahsuaian atau pertukaran latar belakang kepada yang baharu dengan mudah melalui AI.

Bagi fungsi Moving Photo Collage pula pengguna boleh menggabungkan beberapa Live Photo bagi mencipta kisah yang menyeronokkan dan dinamik, berbanding kolaj statik yang membosankan.
Melalui fungsi-fungsi AI yang ada pada siri HONOR 400, pengguna bebas mencipta, menyunting, dan menyampaikan kisah visual lebih menarik dalam bentuk video dengan hanya beberapa sentuhan mudah.
Dalam pada itu, pelancaran siri HONOR 400 di Malaysia akan berlangsung pada 22 Mei ini.
Pelancaran untuk pasaran global bagi siri HONOR 400 bukan sahaja menyerlahkan kepentingan pasaran Malaysia.
Malah ia menekankan kedudukan strategik Malaysia dalam rantau Asia Pasifik Selatan. – KOSMO! ONLINE