[VIDEO] ‘Kita tidak kenal, tapi lihat video ini jadi sebak’

5 hours ago 4

PETALING JAYA – Video tular yang memaparkan suami isteri yang terkorban di Sungai Korok menjual roti canai mengundang simpati ramai.

Menerusi klip tersebut menunjukkan Mohammad Azim Izat, 32 dan isterinya, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31 sedang mempromosikan perniagaan kecil mereka, Nuruzim Roti Canai, yang menyajikan pelbagai jenis roti canai kepada pelanggan.

Apa yang menyayat hati, dalam klip tersebut, Allahyarham Nurul Hidayah menyatakan dalam rakaman berkenaan bahawa mereka berniaga semata-mata demi meneruskan kehidupan.

“Ada beberapa jenis orang yang berniaga, seperti saya dan suami menjual roti canai ini janji dapat meneruskan kehidupan kami,” katanya dalam video berkenaan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata orang ramai tidak dapat menahan kesedihan ketika menonton video tular itu.

“Berniaga untuk teruskan kehidupan. Allah sayu rasa hati ini, dari cara percakapan pun sudah tahu mereka jenis orang yang baik. Al-Fatihah dan semoga Allah menghadiahkan syurga buat keluarga ni,” komen Muhammad Shaiful Ariffin.

“Berniaga untuk sambung kehidupan.
Allahuakbar, tulusnya hati budimu. Tak kenal tapi sedih dan terkesan dengan pemergian mereka,” balas Puan Ieda.

“Mungkin berat tanggungan mereke di dunia yg kta tak tahu hingga Allah jemput pulang awal sekeluarga. Semoga berbahagia disyurgaNya. Salam takziah, buat anak sulung semoga Allah hadirkan kekuatan dan redha atas kehilangan besar ini,” kata Micha Mohd.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan enam beranak yang hilang sejak Sabtu lalu dijumpai tidak bernyawa di dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam dalam Sungai Korok, Jitra, Kedah, hari ini.

Mereka dipercayai cuba keluar menyelamatkan diri sebaik kenderaan yang dinaiki terjunam ke dalam sungai tersebut di sini namun gagal.

Mereka terdiri daripada pasangan suami isteri serta empat anak berusia enam bulan hingga sembilan tahun.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |