[VIDEO] ‘Berani abang pukul kekasih depan ‘public’, betul jantan tak guna’

7 hours ago 3

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki menampar dan menumbuk teman wanitanya di khalayak ramai telah mengundang kecaman hebat netizen selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Menerusi perkongsian video oleh @kamaghul di X, kejadian dipercayai berlaku di tepi jalan berhampiran Dataran Merdeka, Kuala Lumpur namun tarikh dan waktu pergaduhan itu tidak dimaklumkan secara terperinci.

Dalam video tersebut dapat dilihat lelaki terbabit berulang kali memukul teman wanitanya sebelum dihalang oleh beberapa individu yang lain.

Rakaman berdurasi 37 saat itu menerima hampir 70,000 tontonan sejak ia dimuat naik pagi tadi.

“Punyalah berani lelaki ini pukul teman wanita dia dekat public (kawasan orang awam). Memang betul jantan tak guna lah,” kata @kamaghul.

Sementara itu, melihat pada kapsyen yang disunting dalam video tular tersebut, ia seolah-olah luahan daripada wanita terbabit yang merupakan pemilik asal kepada rakaman berkenaan.

“Sembang dengan aku tak nak, tetap nak tunjuk baran dia tu. Siap tumbuk kita lagi. Saya perempuan yang pernah hulur saat susah, tapi saat senang lupa siapa yang di belakang.

“Kita ajak jumpa di Dataran Merdeka pun berani pukul kita. Kita nak cakap baik-baik, ambil barang kita nak terus pergi bukan nak gaduh macam ini tunjuk siapa lagi hebat. Tak apalah, benda dah report (buat laporan),” luah wanita itu.

Di ruangan komen, netizen tidak ketinggalan menyuarakan kemarahan mereka, dengan rata-ratanya mengecam tindakan lelaki itu.

“Jantan tak guna. Dengan perempuan berani la kau. Bila ada geng lelaki datang, tahu pula senyap,” kata Adham.

“Buat laporan polis, bagi mamat itu duduk dalam. Biar dia ada rekod polis,” komen @Malacire. – KOSMO! ONLINE

Punyalah berani lelaki ni pukul awek dia dekat public. Memang betul jantan tak guna lah 😅 pic.twitter.com/H47jUeGWBI

— kamaghul deghaman (@kamaghul) May 16, 2025

Read Entire Article
Pertanian | | | |