[VIDEO] Air mata Cikgu Manan gugur lepas 15 tahun di bumi Lawas

7 hours ago 5

PETALING JAYA – “Ada orang tak suka kena tukar mengajar di kawasan pedalaman, tapi kalau dah pergi…macam ni la jadinya.”

Itu antara kata-kata orang ramai yang menyaksikan gugurnya air mata seorang guru apabila terpaksa berpindah lokasi mengajar dari pedalaman ke Semenanjung, baru-baru ini.

Menerusi ruangan komen pada hantaran video di media sosial, lelaki yang digelar Cikgu Manan itu telah berkhidmat sebagai guru di Lawas, Sarawak selama 15 tahun.

Video berdurasi 50 saat itu memaparkan Cikgu Manan yang kelihatan sebak diiiringi rakan-rakannya sebelum menuju ke sebuah pesawat untuk pulang ke Johor Bahru.

Ada individu yang mengenali Cikgu Manan menyifatkan beliau sangat baik hati dan berdedikasi, malah ramai juga netizen tidak putus-putus turut mendoakannya.

“Selamat maju jaya Manan! Setelah 15 tahun berkhidmat di bumi Lawas, akhirnya pulang ke sarang. Selamat bertugas di tempat baharu.

“Kami sayang sahabat kami Manan. Kami hantar pergi lapangan terbang, tunggu sampai belon (kapal terbang) hilang daripada pandangan. Semoga kita berjumpa lagi,” kata @dayangFA.

“Hormat Cikgu Manan, daripada aku sekolah rendah lagi sekarang dah 22 tahun dan kini sudah pindah. Untuk pengetahuan, Cikgu Manan seorang mualaf dan dah 15 tahun berkhidmat di Sarawak,” kata seorang pengguna.

“Saya tak kenal, turut sedih. Mesti orang baik-baik dan tentu disayangi. Semoga Cikgu Manan terus sukses,” ucap pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

@4r1ff_kece2♬ Seribu Kemanisan – Bulan & Angkasawan
Read Entire Article
Pertanian | | | |