MERAKAMKAN lebih 12,000 lagu membuktikan penyanyi legenda, Asha Bhosle ikon industri muzik India. Berikutan rekod cemerlang itu, nama Asha diabadikan dalam Guinness Book of Records pada 2012 sebagai penyanyi yang mempunyai lagu terbanyak di dunia.
Pemergian Asha atau nama sebenarnya Ashalata Dinanath Mangeshkar Bhosale pada 12 April lalu akibat jangkitan paru-paru dan kegagalan organ memberi impak besar terhadap industri filem Bollywood.
Menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Mumbai, adik kepada mendiang Lata Mangeshkar itu turut mengikut jejak langkah kakaknya yang meninggal dunia pada usia 92 tahun.
Mayat Asha disemadikan di Shivaji Park pada 13 April. Ribuan peminat berhimpun di sepanjang jalan bagi mengiringi dan memberi penghormatan kepadanya buat kali terakhir.
Keranda yang membawa mendiang Asha ditutup dengan bendera India sebagai penghormatan buatnya yang banyak berjasa dalam menghiburkan rakyat India selama lapan dekad.
Antara selebriti terkenal yang dilihat hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang ialah Tabu, Aamir Khan, Vicky Kaushal, Ranveer Singh, Jackie Shroff dan Vivek Oberoi.
pemergian Asha meninggalkan kesan mendalam di hati Shahruk Khan.Ramai selebriti terkenal turut meluahkan kesedihan mereka melalui media sosial antaranya Shah Rukh Khan yang menyifatkan pemergian Asha sebagai satu kehilangan besar buat seluruh industri.
“Sangat berduka cita dengan pemergian Asha. Suaranya telah menjadi nadi dan kekuatan sinema di India dan akan terus bergema di seluruh dunia untuk berabad akan datang.
“Beliau sentiasa merahmati saya dengan kasih sayangnya. Saya akan merinduinya. Bersemadilah dengan tenang,” tulisnya dalam X.
Pelakon terkenal Bollywood dan Hollywood, Priyanka Chopra turut meratapi kehilangan penyanyi kesayangan ramai itu.
“Suara beliau bukan sahaja sebahagian daripada muzik India, tetapi merupakan latar kehidupan kita. Lagunya sering berkumandang dalam rumah kita sewaktu membesar, majlis keramaian, ketika gembira mahupun saat berduka.
“Terima kasih kerana memberikan kami lagu-lagu yang indah serta menjadi bintang terunggul untuk industri muzik,” tulisnya dalam Instagram.
Berita kematian Asha turut mendapat perhatian selebriti Hollywood, John Cena. Pelakon dan bekas ahli gusti itu memuat naik foto Asha dalam akaun Instagramnya. Namun dia tidak menulis sebarang kapsyen.
Sebagai adik kepada Lata, Asha tidak terlepas dibandingkan dengan kakaknya yang terlebih dahulu bergelar penyanyi. Kedua-dua mereka pernah tidak bertegur sapa selama beberapa tahun.
priyanka turut meratapi pemergian Asha yang disifatkan bintang satu dalam seribu.Namun pasangan adik-beradik itu berjaya mencipta nama sebagai penghibur paling dihormati apabila suara mereka sering melatari filem-filem terkenal Bollywood.
Lapan dekad menyumbangkan suara emasnya, Asha bukan sahaja cemerlang di India bahkan bakatnya turut gemilang di peringkat global. Mendiang pernah dicalonkan sebanyak dua kali di Anugerah Grammy iaitu pada 1997 dan 2006.
Antara lagu popular dendangannya adalah Chura Liya Hai Tumne yang menghiasi filem Yaadon Ki Baarat, Zara Sa Jhoom Loon Mein ( Dilwale Dulhania Le Jayenge), Rangeela Re (Rangeela), Dil Le Gayi Le Gayi ( Dil To Pagal Hai), Mujhe Rang De (Takshak), Kahin Aag Lage (Taal), Janeman Janeman ( Kaho Naa Pyar Hai) dan Mujhs

1 hour ago
2





![[VIDEO] Pemuda Cina sebak tak perlu bayar kos baiki motosikal](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/WhatsApp-Image-2026-04-17-at-11.04.59-PM.jpeg)











![[VIDEO] Siapa tujuh gadis pakat beraya sakan pakai baju pengantin?](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/WhatsApp-Image-2026-04-17-at-10.19.21-AM.jpeg)






























