Tatakelola baik kunci kejayaan koperasi, bebas rasuah – Anwar

11 hours ago 6
Anwar menandatangani gimik perasmian pada Mesyuarat Agung Tahunan Koprojaya Ke-10 di Kompleks F, Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!
  • Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
  • 14 Jun 2026, 2:50 pm

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan amalan tatakelola yang baik merupakan faktor utama dalam memastikan kejayaan dan kelangsungan gerakan koperasi di negara ini.

Beliau berkata, koperasi mempunyai potensi besar untuk berkembang dan memberi manfaat kepada anggota serta masyarakat, namun ia perlu diurus secara telus, berintegriti dan bebas daripada unsur rasuah serta penyelewengan kuasa.

“Kalau koperasi diurus dengan baik, prestasinya akan baik. Sebab itu soal rasuah dan penyelewengan kuasa bagi kerajaan ini penting walaupun ramai yang memandang ringan atau enteng. Bagi saya, perkara ini sangat penting dan kadang-kadang kita berdepan pertelingkahan dalam dan luar kerajaan mengenai isu ini.

“Kalau kita tidak betulkan keadaan itu, wang yang diperoleh walau sebanyak mana sekalipun tidak akan memberi manfaat kepada ramai, sebaliknya hanya menguntungkan kelompok kecil yang sama,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-10 Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (Koprojaya) di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |