Poster yang dikongsi Anwar di laman Facebooknya hari ini.
- Oleh KOSMO!
- 23 Mei 2026, 3:00 pm
PETALING JAYA – Perdana Menteri menzahirkan ucapan tahniah kepada warga Hospital Serdang khususnya Pusat Jantung Serdang kerana berjaya menguruskan sekitar 60 pesakit jantung dalam sehari termasuk kes-kes kritikal.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencapaian itu membuktikan tahap kepakaran dan kecekapan hospital itu bertaraf dunia serta kesiapsiagaan tinggi petugas kesihatan negara.
“Tahniah kepada seluruh warga Hospital Serdang khususnya pasukan Pusat Jantung Serdang atas pencapaian membanggakan dalam memberikan rawatan berkualiti tinggi kepada rakyat.
“Saya menghargai komitmen tinggi pasukan yang meletakkan nilai besar pada setiap nyawa, serta dedikasi tanpa henti seluruh Jabatan Kardiologi dalam memastikan pesakit menerima rawatan terbaik pada saat paling genting,”katanya di laman Facebook.
Mengulas lanjut, Anwar menyeru agar seluruh warga hospital berkenaan meneruskan kecemerlangan tersebut pada masa hadapan.
“Terima kasih kepada semua doktor, jururawat, dan kakitangan atas jasa dan pengorbanan kalian. Teruskan kecemerlangan ini,”tulisnya.-KOSMO! ONLINE

12 hours ago
8















































