KUALA LUMPUR – Hubungan kembali renggang, usahawan dan pempengaruh Kak KM mengakui tidak menjemput kakaknya, Kak Nona ke rumah terbuka Aidilfitiri anjurannya, semalam.
Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, 45, mendedahkan dia bertindak sedemikian berikutan timbul satu isu serius melibatkan anak saudaranya sehingga memaksa campur tangan pihak berkuasa.
“Saya tak jemput, jangan tanya kenapa. Saya tak boleh nak cerita, cukup sekadar kalian tahu saya tak jemput dia.
“Hubungan dah baik tapi bila timbul isu berkaitan anak, saya tidak menyokong tindakannya dan memang tak mahu jumpa dia.
“Saya juga tak mahu mengulas lebih lanjut kerana perkara ini telah jadi kes polis dan melibatkan hal keluarga mereka,” katanya kepada Kosmo! Online pada Majlis Rumah Terbuka Kak KM, semalam.
Dedahnya lagi, dia berasa sangat terkilan apabila anak saudaranya sendiri datang mengadu mengenai satu kejadian yang dianggap tidak munasabah untuk direka-reka.
“Sebenarnya semuanya bermula apabila anaknya datang berjumpa saya dan mengadu. Saya jadi geram kerana menganggap mereka seperti anak sendiri.
“Memang saya ambil berat tentang mereka. Pada saya, tidak mungkin anak-anak itu menipu, mereka bukan jenis yang bersosial.
“Jadi untuk tiba-tiba mereka-reka cerita, bagi saya itu sangat tidak munasabah,” dedahnya.
Enggan mengulas lanjut, Kak KM hanya menitipkan nasihat cara berpakaian seseorang tidak seharusnya dijadikan alasan untuk melakukan sebarang tindakan luar batasan atau jenayah.
“Apa yang saya boleh cakap, tak kiralah anak buah ke anak sendiri, kalau mereka pakai skirt pendek ke atau terdedah itu bukan alasan untuk buat sesuatu dekat anak itu.
“Itu jenayah, bukan tiket untuk sesiapa buat apa-apa. Benda tu memang salah,” tegasnya.
Terdahulu, hubungan dua beradik itu menjadi perhatian ramai apabila netizen mendakwa wujud perselisihan faham akibat urusan perniagaan.
Disebabkan itu mereka yang sebelum ini akrab menjadi semakin renggang apabila tidak lagi kelihatan bersama seperti dahulu.
Februari lalu, Kak Nona terbuka untuk kembali berbaik dengan adik-beradiknya susulan konflik yang tercetus. – KOSMO! ONLINE

3 hours ago
4








![[VIDEO] Pemuda Cina sebak tak perlu bayar kos baiki motosikal](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/WhatsApp-Image-2026-04-17-at-11.04.59-PM.jpeg)






































