Ronaldo cadang Al-Nassr beli Martinelli

9 hours ago 5

RIYADH – Pemain sayap lincah Arsenal, Gabriel Martinelli kini mempunyai peluang sekali seumur hidup dengan menjadi rakan sepasukan kepada bintang Portugal yang juga antara legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo.

Ia susulan gergasi Arab Saudi, Al-Nassr dikatakan menunjukkan minat mereka terhadap bintang muda Brazil itu selepas gagal mendapatkan pemain sayap utama Liverpool, Luis Diaz.

Ronaldo yang kini memiliki ekuiti dalam Al-Nassr sebagai sebahagian kontrak baharunya, akan memainkan peranan penting dalam strategi pengambilan pemain untuk memperkukuh pasukan menjelang musim baharu.

Kelab itu kini mencari pemain di tiga posisi utama dan kegagalan mengikat Diaz dikatakan telah membuka laluan kepada Martinelli menjadi sasaran baharu mereka.

Al-Nassr dipercayai akan mengemukakan permohonan pembiayaan berjumlah €85 juta (RM431 juta), namun jumlah itu masih tidak pasti sama ada buat Martinelli, Diaz atau pemain lain.

Setakat ini, Al-Nassr belum mengadakan rundingan dengan Arsenal yang mungkin sedia mempertimbangkan tawaran lumayan itu untuk membiayai perpindahan pemain sayap Real Madrid, Rodrygo atau Anthony Gordon dari Newcastle United.

Martinelli sebelum ini digambarkan sebagai pemain ‘luar biasa’ dan sering menjadi antara tonggak penting Mikel Arteta di Emirates.

Al-Nassr juga sedang memburu penyerang baharu selepas melepaskan Jhon Duran secara pinjaman kepada Fenerbahce dengan Mohammed Kudus (West Ham United) dan Victor Boniface (Bayer Leverkusen) antara dua nama dalam senarai pendek.

Kudus memiliki klausa pelepasan setinggi £120 juta (RM720 juta), manakala nilai semasa Boniface dianggarkan sekitar £60 (RM360 juta) sehingga 65 juta (RM390 juta).

Pemain tengah Aston Villa, Amadou Onana juga dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi termasuk Al-Ahli dan Neom SC yang turut berminat dengan Wilfried Ndidi dari Leicester City disebabkan klausa pelepasan serendah £9 juta (RM54 juta). – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |