RM3.3 bilion dibelanja rawat pesakit buah pinggang

3 hours ago 6
Dzulkefly (tiga dari kiri) menyiram pokok sebagai gimik perasmian Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2026 Peringkat Kebangsaan di Shah Alam, hari ini. Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI/ KOSMO!
  • Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
  • 12 April 2026, 2:22 pm

SHAH ALAM – Kerajaan kini menanggung perbelanjaan kira-kira RM3.3 bilion bagi rawatan pesakit penyakit buah pinggang kronik (CKD) tahap akhir yang melibatkan lebih lima juta rakyat di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, jumlah itu meningkat lebih RM2 bilion berbanding RM572 juta yang dibelanjakan kerajaan bagi rawatan penyakit sama pada tahun 2010.

“Lebih lima juta rakyat Malaysia hidup dengan CKD, namun majoriti pesakit tidak menyedari mereka menghidap penyakit tersebut sehingga berada pada tahap serius. Prevalens CKD juga menunjukkan peningkatan ketara apabila diunjurkan meningkat kepada 15.5 peratus pada 2025 berbanding hanya 9 peratus pada tahun 2011,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2026 Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya rakyat Malaysia tidak mengamalkan gaya hidup sihat, Kementerian Kesihatan (KKM) mengunjurkan lebih 106,000 pesakit akan memerlukan rawatan dialisis pada masa hadapan.

Tambah beliau, kutipan duti eksais minuman bergula tahun lalu mencecah RM54.9 juta dengan RM21 juta daripadanya disalurkan semula kepada KKM bagi membiayai ubat Sodium-Glucose Transport Protein 2 (SGLT2) inhibitors. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |