Peminat risau, mana Que Haidar menghilang?

8 hours ago 6
Lama menghilang di gelanggang media sosial, ramai peminat bimbang akan keberadaan Que selepas namanya terpalit sensasi yang dicetuskan pihak lain.
  • Oleh DIVA
  • 12 April 2026, 9:30 am

SEPANJANG minggu ini, macam-macam isu jadi perdebatan netizen dalam media sosial.

Salah satu yang menjadi bualan hangat semestinya Que Haidar yang meraih sokongan ramai termasuk rakan artis selepas bekas isterinya, Linda Jasmine mendakwa berpisah kerana mahu menyelamatkan anak-anak daripada kejahatan.

Meski Linda tak menyebut nama, ramai berang dan memberi sokongan kepada Que.

Cuma Diva tertanya-tanya keberadaan Que dan keadaan kesihatan mentalnya selepas berdepan dakwaan berat itu.

Harap dia okey sahaja dan tidak terlalu terkesan dengan apa yang berlaku. Ramai  harap Que tidak ‘hilang’ seperti sebelum

ini.

Semoga ‘suhu panas’ itu kembali reda dan Que kembali meneruskan tugasnya sebagai anak seni seperti biasa.

DIVA: Tak boleh jangka juara Talk To My Manager musim ke-2, sengit!

Read Entire Article
Pertanian | | | |