Orang ramai serbu JPN Putrajaya, ganti cip MyKad rosak

2 hours ago 2
Orang ramai mula membanjiri JPN Putrajaya bagi membuat penukaran cip MyKad secara percuma untuk menikmati subsidi RON95 di Putrajaya hari ini. - Foto oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
  • Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
  • 23 September 2025, 9:42 am

PUTRAJAYA – Kaunter kad pengenalan di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini mula ‘sesak’ seawal pukul 8 pagi tadi bagi membuat penukaran cip MyKad secara percuma.

Ia susulan pengumuman kerajaan yang menetapkan agihan subsidi bahan api, BUDI95 menerusi pengesahan MyKad yang akan mula berkuatkuasa akhir bulan ini.

Tinjauan di Ibu Pejabat JPN Putrajaya mendapati, orang ramai mula beratur bagi mendapatkan tiket giliran seawal 8 pagi dan setakat pukul 9 pagi tadi, sebanyak 100 unit gantian MyKad telah diterima orang ramai.

Rata-rata orang awam yang ditemui membuat pertukaran MyKad kerana cip rosak, patah dan beberapa kerosakan lain. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |