Mel B ahli Spice Girls tamat zaman janda dengan penata rambut

4 hours ago 5

ENAM tahun menjalin cinta, penyanyi dan pelakon Mel B kini bergelar isteri kepada penata gaya rambut, Rory McPhee pada majlis perkahwinan yang berlangsung semalam.

Mel B atau nama sebenarnya MelaniJanine Brown, 50, memilih gereja bersejarah The Crypt, St Paul’s Cathedral sebagai lokasi mengikat janji dengan lelaki pilihannya.

Gereja gah itu dahulu menjadi tempat termeterainya penyatuan jiwa antara Puteri Diana dan Putera Charles pada 1981.

Mel B mendapat kehormatan tersebut atas gelaran Member of the Order of the British Empire (MBE) daripada Putera William tiga tahun lalu atas sumbangannya dalam menyuarakan isu keganasan rumah tangga.

Sementara itu, pada hari perkahwinannya anggota Spice Girls itu tampil memukau dengan dua persalinan sentuhan pereka fesyen terkenal iaitu Josephine Scott bagi majlis penyatuan, manakala resepsi daripada Justin Alexander.

Tiga anaknya, Phoenix Chi Gulzar, 26, Angel Iris Murphy Brown, 18, dan Madison Brown Belafonte, 13, mengiringinya ketika perkahwinan.

Pada majlis berkenaan, hanya Emma Bunton yang turut dikenali sebagai Baby Spice hadir meraikan pasangan terbabit.

Begitupun, teman seperjuangan lain iaitu Victoria Beckham dan Mel C berkongsi kegembiraan dengan memuat naik ucapan di Instagram.

Turut memeriahkan suasana termasuk selebriti popular seperti Cara Delevingne, Katherine Ryan dan Daisy Lowe.

Selepas disatukan, menyusul pula majlis resepsi di hotel mewah Shangri-La at The Shard berlatarkan pemandangan kota London yang indah.

Percintaan Mel B dengan sepupu kepada rakan baiknya yang berusia 37 tahun itu bermula sejak 2019 dan tiga tahun kemudian lelaki berkenaan melamarnya di sebuah hotel di Cliveden House.

Sebelum ini, juri America’s Got Talent itu pernah berkahwin dengan penari, Jimmy Gulzar dan penerbit filem, Stephen Belafonte, namun berakhir dengan penceraian. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |