Lebih 4,000 usahawan bakal manfaatkan Program AgroPintar

9 hours ago 5

PETALING JAYA – Agrobank melancarkan Program Agro Pintar Niaga (AgroPintar), sebuah inisiatif merangkumi pembiayaan, padanan geran i-Tekad dan latihan keusahawanan bagi membantu usahawan mikro mengurus dan mengembangkan perniagaan mereka secara mampan.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, program AgroPintar turut menekankan aspek literasi kewangan
yang meliputi pengurusan kewangan, pengurusan risiko kredit serta kawalan hutang.

Menurutnya, matlamat utama program ini adalah untuk memperkukuh daya saing serta kecekapanusahawan mikro dalam membuat keputusan perniagaan yang lebih bijak dan
berkesan.

“Melalui pelaksanaan Program AgroPintar ini, Agrobank memperuntukkan sebanyak RM50 juta khusus bagi menyediakan akses pembiayaan mikro beserta geran padanan i-TEKAD bernilai RM5 juta kepada para usahawan yang meliputi Pembiayaan Perniagaan Usahawan Mikro dan Pembiayaan Ladang Kontrak.

“Peruntukan ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 4,000 usahawan mikro yang
berkelayakan, terutamanya dari kalangan golongan berpendapatan rendah.”

“Agrobank percaya bahawa inisiatif ini bukan sahaja akan memberi impak positif dari
segi ekonomi, malah mampu merangsang pertumbuhan sosial dalam kalangan
usahawan mikro,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Tengku Ahmad Badli Shah menjelaskan, dengan bimbingan berstruktur, para peserta program akan dilengkapkan dengan kemahiran membuat keputusan kewangan dan perniagaan
secara bijak, seterusnya meningkatkan kebolehupayaan mereka dalam mengurus
pelbagai aspek perniagaan secara efisien.

Tambahan pula, pemantauan terhadap perkembangan dan keberkesanan program akan dijalankan selepas enam  bulan penyertaan usahawan.” tambahnya.

Selain itu, dalam majlis yang sama, Agrobank turut melancarkan Video Bersiri Celik Kewangan
dengan kerjasama strategik bersama Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN).

Video yang mengandungi 12 episod ini menampilkan pempengaruh media sosial, Sir
Asai.

Inisiatif ini direka khas untuk meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan
pelajar sekolah melalui pendekatan yang menarik dan mudah difahami.

Program ini juga bertujuan memupuk budaya pengurusan kewangan yang sihat melalui amalan
3S iaitu Spend, Save and Share, khususnya di kalangan generasi muda. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |