PETALING JAYA – “Jayden budak yang macam itu, dia serap sesuatu benda secara matang.”
Demikian jawapan usahawan popular Noor Nabila yang mengakui anak tunggalnya, Jebat Jayden mendapat perhatian ramai warganet gara-gara keletah dan kepetahannya bercakap.
Nabila, 41, memaklumkan, dia memberi layanan kepada anaknya sama seperti orang dewasa selain perlu memberi penjelasan atas setiap persoalan yang diajukan.
“Dia memang budak yang spontan. Awak kena layan dia seperti orang dewasa.
“Bila bercakap dengan dia kena terangkan walaupun kadang-kadang apa saya terangkan dia tak faham.
“Contohnya macam saya pasang solar, dia tanya kenapa saya pasang — saya cakap solar ini nanti tengah hari boleh guna pendingin hawa, saya tak marah.
“Disebabkan itu dia boleh menjawab, kadang-kadang luar jangkaan sikit,” katanya kepada Kosmo! Online usai majlis pelancaran susu pisang, Nilofa, baru-baru ini.
Sering menjadi perhatian, kakak kepada selebriti Neelofa itu mengakui timbul kurang selesa dengan perkara tersebut namun memilih untuk tidak melayani komen berkenaan.
“Kadang-kadang tak selesalah (diberi perhatian) tapi dalam masa sama selama mana keluarga saya dah jadi bualan orang Malaysia, saya rasa kami dah sampai satu tahap tak kisah pendapat orang.
“Saya rasa kelakar saja, dia tak kenal tapi pendapat dia sampai begitu sekali,” ujarnya.
Sebelum ini, tular sebuah video memperlihatkan Jayden yang memberitahu ibunya tidak mahu ke masjid untuk menunaikan solat namun anaknya itu lebih selesa memilih melakukan ibadah berkenaan di rumah.
Malah, Jayden yang menggelarkan dirinya sebagai Baby turut meminta ibunya tidak membuat perbandingan dirinya dengan sepupunya iaitu Bilal yang juga anak kepada Neelofa dan PU Riz. – KOSMO! ONLINE

2 hours ago
3













































![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)


