‘Nak cuci motosikal pun tak senang’

18 hours ago 10
TANGKAP layar menunjukkan seorang lelaki sengaja mencuci motosikal alam kawasan air bertakung di atas jalan raya yang rosak sebagai tanda proes. - radar kediri
  • Oleh KOSMO!
  • 17 Ogos 2026, 7:00 pm

JAKARTA – Tindakan seorang lelaki yang mencuci motosikalnya secara santai di  kawasan air bertakung di tepi  sebatang  jalan  tular di media sosial, lapor laman berita radar kediri.

Kejadian dilaporkan berlaku pada Selasa lalu di laluan utama yang menghubungkan Desa Mata dan Desa Tolo Oi, dalam daerah Sumbawa, wilayah Nusa Tenggara Barat (NTB).

Aksi tersebut dilakukan secara sengaja ketika berhadapan rombongan kenderaan rasmi Timbalan Ketua Daerah  Sumbawa, Muhammad Ansori. Beliau melalui jalan untuk melakukan lawatan kerja ke kawasan berkenaan. 

Tindakan spontan lelaki itu dipercayai sebagai simbolik protes warga tempatan terhadap keadaan infrastruktur jalan raya di kawasan berkenaan yang sekian lama terbiar tanpa penyelenggaraan. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |