Isteri maut, pembantu rumah cedera, Myvi ‘terpacak’ dalam longkang

8 hours ago 6
  • Oleh NOR AINNA HAMZAH
  • 5 Julai 2025, 8:52 pm
Sebuah kereta dipandu seorang lelaki warga emas bersama dua lagi penumpang terbabas ke dalam longkang di Jalan Kampung Batu Bakar, petang tadi. - IHSAN POLIS

JEMPOL – Sebuah kereta dipandu seorang lelaki warga emas bersama dua lagi penumpang terbabas ke dalam longkang di Jalan Kampung Batu Bakar, di sini kira-kira pukul 3.15 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Norhisham Mustapar berkata, kejadian itu melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 85 tahun yang merupakan pesara guru bersama dua penumpang.

Menurutnya, mereka dalam perjalanan dari Kampung Batu Bakar menghala balik ke rumah di Taman ACBE, Bahau dan sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke dalam longkang.

“Akibat daripada kemalangan itu, penumpang hadapan iaitu isteri pemandu berusia 83 tahun yang juga pesara guru mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu dan penumpang belakang iaitu wanita warga Indonesia berusia 41 tahun yang bekerja sebagai pembantu rumah pula di bawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah untuk rawatan lanjut,” katanya, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |