Gambar kebakaran yang berlaku di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan dikongsikan oleh Sepangkini di media sosial.
- Oleh KOSMO!
- 10 April 2026, 12:23 am
PETALING JAYA – Kebakaran hutan dilaporkan berlaku di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan malam tadi.
Menerusi perkongsian Sepangkini, kebakaran tersebut didakwa berlaku pada pukul 9.40 malam di Jalan PUJ 2/27.
“Bomba telah dimaklumkan (Balai Bomba Seri Kembangan dan Balai Bomba Bukit Jalil). Polis daripada Balai Polis Kinrara juga telah berada di lokasi kebakaran,” kata Sepangkini menerusi kenyataan.
Pada malam 11 Mac lalu Kosmo! melaporkan, kebakaran hutan bukit telah berlaku berhampiran Plaza Tol Putrajaya di Lebuh Raya Maju Expressway.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 4.12 petang. – KOSMO! ONLINE

5 hours ago
3

















































