Fella Design buka Rumah Desa, cawangan pertama Ashley Furniture di Kuantan

7 hours ago 7

KUANTAN – Fella Design terus mengorak langkah ke hadapan dalam memperkukuh pasaran di Pantai Timur dengan melancarkan transformasi Farm House atau Rumah Desa bagi cawangannya di sini.

Lebih menarik, syarikat turut membuka cawangan pertama Ashley Furniture yang terletak di tingkat tiga cawangan Fella Design Kuantan.

Ashley Furniture adalah tawaran produk perabot antarabangsa yang berasal daripada Amerika Syarikat.
Timbalan Pengurus Operasi Fella Sales dan Services Sdn. Bhd., Goh Wooi Hoe berkata, konsep Rumah Desa yang diper­kenalkan di Kuantan adalah yang ke-12, manakala ia cawa­ngan Ashley pertama di Pantai Timur.

Menurut beliau, pembukaan cawangan ini di sini akan memberi ruang kepada masyarakat di Pantai Timur khususnya di Kuantan untuk melawat bilik pameran Fella Design dan juga Ashley Furniture dengan lebih mudah, sekali gus memiliki pelbagai barangan bertema antarabangsa dan tempatan.

“Pengubahsuaian daripada lokasi asal Fella Design dan bilik pameran yang menggabungkan koleksi Fella Design serta Galeri Ashley telah mencipta pengalaman kelengkapan rumah komprehensif kepada pelanggan di Pantai Timur buat kali pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pembukaan outlet terbaharu Fella Design dan Ashley Furniture di sini kelmarin.

Wooi Hoe menerangkan, konsep Rumah Desa yang dimulakan di cawangan Fella Design secara berperingkat pada tahun 2024 telah memberikan pengguna pilihan yang lengkap berdasarkan cita rasa masing-masing.

Ketika ini, sebanyak 12 bilik pameran telah ditransformasi kepada konsep Rumah Desa bagi memberikan pilihan lengkap kepada semua kategori pengguna.

Menurut beliau, melalui  Rumah Desa pengguna boleh memilih konsep moden, klasik dan rustik.

“Sejak memperkenalkan konsep Rumah Desa ini, kita mendapat maklum balas dan sambutan positif daripada pelanggan daripada semua peringkat umur yang dapat membuat pilihan memenuhi pilihan serta bajet ma­sing-masing.

“Selain pelanggan baharu, kita juga dapat mengekalkan pelanggan lama yang merupakan pe­langgan setia Fella Design,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |