Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh Syakir Radin/KOSMO!
- Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
- 18 Jun 2026, 9:59 am
KUALA LUMPUR – Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun tiba di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi bagi berdepan dengan pertuduhan rasuah.
Tertuduh yang berusia 42 tahun itu tiba pada pukul 8.30 pagi diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, berkata seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun yang disyaki terlibat dalam kes rasuah membabitkan kira-kira RM1 juta akan dituduh di Mahkamah Sesyen di sini.
Beliau berkata individu berkenaan bakal menghadapi tujuh pertuduhan, iaitu satu pertuduhan meminta suapan dan enam pertuduhan menerima suapan di bawah Seksyen 16 a(B) Akta SPRM 2009 bernilai keseluruhan RM450,000 menerusi enam transaksi. – KOSMO! ONLINE

16 hours ago
6















































