Bengang tak diundang ke majlis kahwin Jeff Bezos

9 hours ago 2
  • Oleh HANISAH SELAMAT
  • 6 Julai 2025, 8:59 am
Charlize Theron menyindir bilionair, Jeff Bezos kerana tidak mengundangnya ke majlis perkahwinan di Italy.

AKTRES Charlize Theron melontarkan sindiran tajam terhadap pengasas Amazon Jeff Bezos dan wartawan Lauren Sánchez yang mengadakan majlis resepsi di Venice, Itali, hujung bulan lalu.

Suara lantangnya yang menyifatkan acara perkahwinan mega pasangan sensasi itu diluahkan ketika aktres itu menjadi tuan rumah bagi majlis tahunan Charlize Theron Africa Outreach Project.

Bintang filem The Old Guard itu secara sinis mengungkapkan dirinya menjadi salah seorang artis yang tidak diundang ke pesta perkahwinan bernilai sekitar RM200 juta tersebut.

“Saya rasa saya adalah satu-satunya orang yang tidak diundang ke pernikahan Bezos.

Tetapi tidak mengapa, kerana mereka (pengantin) sangat merimaskan,” katanya disambut ketawa tetamu.

Read Entire Article
Pertanian | | | |