Agong terima menghadap Menteri Pendidikan Tinggi, Pengerusi SPA

7 hours ago 7
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Pendidikan Tinggi serta Pengerusi SPA di Istana Negara hari ini. Foto FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
  • Oleh BERNAMA
  • 10 September 2026, 10:49 am

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Istana Negara.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pada sesi menghadap itu, Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan mengenai perkembangan semasa Kursi Pengajian Melayu Sultan Ibrahim di Beijing Foreign Studies University (BFSU).

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima mengadap Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus di Istana Negara. – BERNAMA

Read Entire Article
Pertanian | | | |