Dalam tahun 2026, industri automotif mengalami transformasi yang ketara dipacu oleh elektrifikasi, teknologi dan ketersambungan yang membawa kepada kebangkitan pemain-pemain baharu.
Menariknya kini, persaingan bukan sahaja daripada syarikat-syarikat pengeluar kereta tradisional tetapi juga syarikat-syarikat teknologi atau syarikat pembuatan pelbagai barangan.
Justeru pada minggu ini CitaRasa kongsikan lima syarikat pengeluar kereta paling bernilai tinggi (most valuable) di dunia berasaskan kepada market capitalization seperti dilaporkan worldwidemobility.io dan CompaniesMarketCap.
1) Tesla – Amerika Syarikat
Di kedudukan pertama ialah syarikat pengeluar kereta Amerika Syarikat, Tesla. Ia satu-satu syarikat yang mencapai nilai trilion dolar iaitu AS$1.56 trilion (RM6.3 trilion). Dengan nilai tersebut, Tesla bernilai lebih daripada kombinasi nilai-nilai kebanyakan pembuat kereta tradisional.
Kejayaan peneraju kenderaan elektrik (EV) global itu didorong oleh inovasi berterusan, rangkaian serta pengaruh ketua pegawai eksekutifnya, Elon Musk. Bagaimanapun, jenama ini mula berdepan saingan sengit daripada kenderaan hibrid dan jenama EV lain.
Tesla mengubah industri kereta melalui inovasi bateri antaranya jarak jauh, rangkaian pengecas pantas (supercharger), sistem perisian pintar yang canggih dan kaedah pembuatan kilang yang lebih ringkas tanpa bergantung kepada komponen tradisional yang banyak.
2) Toyota – Jepun
Kedua ialah pengeluar kereta Jepun, Toyota. Dengan nilai AS$317.4 bilion (RM1.29 trilion), jenama ini masih dianggap sebagai pesaing terhebat. Biarpun dilihat kekal sebagai pengeluar kereta tradisional terbesar dari segi volum di dunia, namun Tesla memimpin ekosistem keseluruhan.
Kelebihan Toyota dikatakan mengamalkan Sistem Pengeluaran Toyota (TPS) yang menitikberatkan kecekapan dan menghasilkan kenderaan tahan lasak, mengekalkan nilai jual balik yang tinggi serta mempunyai rangkaian sokongan selepas jualan yang cekap dan meluas. Kejayaan Toyota juga didorong strategi pelbagai laluan (multi-pathway) iaitu hibrid, EV dan enjin biasa yang praktikal, permintaan kukuh, nilai tukaran mata wang yen yang lemah serta pengurusan rantaian bekalan dan pemasaran yang berkesan.
Di kedudukan ketiga ialah BYD (Build Your Dreams) dengan nilai AS$122.34 bilion (RM499 bilion).3) BYD – China
Di kedudukan ketiga ialah BYD (Build Your Dreams) dengan nilai AS$122.34 bilion (RM499 bilion). Kejayaannya didorong oleh penguasaan teknologi bateri inovatif seperti Blade Battery, strategi integrasi vertikal yang mengurangkan kos pembuatan dan tumpuan kepada kenderaan tenaga baharu (NEV) yang mampu milik untuk pasaran massa.Tesla kini terpaksa berdepan persaingan semakin sengit daripada BYD dan syarikat automotif China lain selain gergasi automotif dari Eropah.BYD yang berpangkalan di Shenzhen bukan sahaja menghasilkan EV, malah turut mendominasi pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) termasuk model hibrid. Syarikat yang diasaskan pada 1995 itu kini giat memperluas pasaran ke luar negara termasuk Asia Tenggara, Asia Barat dan Eropah.
4) Xiaomi – China
Di kedudukan keempat mungkin tidak disangka ramai iaitu Xiaomi. Xiaomi mungkin lebih diketahui kita semua sebagai pengeluar telefon bimbit dan barangan elektrik China, namun juga sebenarnya berjaya sebagai pengeluar kereta, bahkan mencatat nilai AS$119 bilion (RM487 bilion). Ketika syarikat Apple masih gagal mengeluarkan kereta walaupun telah melabur untuk pengeluarannya, Xiaomi telah dianggap mengaibkan syarikat AS itu dengan kemampuan mengeluarkan kereta. Kejayaannya dianggap menarik kerana ia merupakan bukan syarikat khusus pengeluaran kereta. EV pertama keluaran Xiaomi Xiaomi SU7 mendapat sambutan hangat di China dan dunia. Kejayaan Xiaomi mengatasi Apple itu menguatkan reputasi pengasasnya, Lei Jun, dibanggakan China serta jenama itu menerima sokongan kuat rakyatnya.
5) Hyundai – Korea Selatan
Kelima ialah Hyundai dengan nilai AS$85.61 bilion (RM347 bilion).
Hyundai terkenal dengan pengeluaran kereta yang berprestasi, tahan lasak dan berpatutan. Kenderaan Hyundai popular kalangan pemandu kerana nilai yang mengagumkan dan ciri keselamatan.
Untuk makluman, lain-lain yang berada dalam top 10 senarai itu antaranya BMW (ke-7), Volkswagen (ke-8) dan Ferrari (ke-10).

4 hours ago
4














































![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)

