Zelensky, pemimpin Eropah tiba di Washington

5 hours ago 4
Zelensky tiba di Pangkalan Udara Melsbroek untuk menghadiri persidangan bersama pemimpin-pemimpin Eropah di Brussels semalam. - AFP
  • Oleh KOSMO
  • 18 Ogos 2025, 2:18 pm

WASHINGTON – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky tiba di Washington malam semalam (waktu tempatan) menjelang pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Sejurus tiba, beliau berkata, semua pihak berusaha menamatkan peperangan dengan cepat serta menyeru untuk keamanan berkekalan.

“Kita semua berkongsi keinginan kuat untuk menamatkan perang ini dengan cepat dan boleh dipercayai,” kata Zelensky dalam satu hantaran di media sosial. 

Zelensky dijadual bertemu Trump di Washington hari ini (Isnin) dengan ditemani Ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen dan beberapa pemimpin lain bagi membincangkan mengenai perang Ukraine.

“Hari yang penting di White House esok (hari ini). Tidak pernah ada ramai pemimpin Eropah dalam satu masa. Saya berbesar hati untuk menjadi tuan rumah kepada mereka!” kata Trump di laman sosial semalam. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |