Wanita maut, suami dan anak cedera khemah dihempap pokok

11 hours ago 6
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang dihempap pokok di Pulau Santap di Janda Baik hari ini.
  • Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
  • 19 September 2025, 11:41 am

BENTONG – Seorang wanita maut manakala suami dan anak lelakinya berusia tujuh tahun cedera selepas khemah mereka dihempap pokok di Pulau Santap, Camp Site di Janda Baik di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.56 pagi itu tiada angin kencang dan hujan dan mangsa bersama suami dan anaknya berada di dalam khemah di tepi sungai di kawasan peranginan itu.

Ketua Balai Bomba Bentong, Mohd Zulhazmi Mohamed berkata, bomba yang tiba pada pukul 8.45 pagi mendapati terdapat pokok tumbang menghempap khemah di Camp Site berkenaan.

“Pasukan bomba membuat pemeriksaan di sekitar kawasan tersebut dan memotong pokok dengan menggunakan satu unit gergaji rantai.

“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala mangsa yang cedera di hantar ke Hospital berhampiran dengan menggunakan ambulans,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |