Tangkap layar video menunjukkan sejumlah wanita sedang khusyuk bermekap sebelum memulakan pendakian. - Instagram
- Oleh KOSMO
- 15 Mei 2026, 8:30 pm
JAKARTA – Sekumpulan wanita mengundang perhatian orang ramai apabila dirakam memakai mekap secara beramai-ramai sebelum mendaki puncak sebuah gunung di Indonesia, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @merbabuviasuwanting_gl menunjukkan sejumlah wanita sedang khusyuk bermekap sambil duduk di lantai.
Mereka berbuat demikian agar kelihatan cantik dan rapi dalam gambar selepas tiba di puncak Gunung Merbabu.
Rakaman itu mencatatkan lebih 358,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Lepas mendaki, mekap cair kena peluh,” kata seorang netizen.
“Mana tahu jumpa jodoh dekat puncak,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

7 hours ago
6



![[VIDEO] Kereta terbakar di Lebuh Raya Elite, trafik sesak arah selatan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/elite.jpeg)











































