[VIDEO] Kereta terbakar di Lebuh Raya Elite, trafik sesak arah selatan

9 hours ago 5
Tangkap layar video yang memaparkan kejadian kebakaran yang melibatkan sebuah kereta di Lebuh Raya Elite, hari ini.
  • Oleh KOSMO!
  • 15 Mei 2026, 6:57 pm

PETALING JAYA – Sebuah kereta dilaporkan terbakar di Kilometer 10.7 Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) arah selatan dari USJ menghala ke Putra Heights, di sini petang tadi sehingga menyebabkan kesesakan trafik teruk.

Kejadian kira-kira pukul 5.24 petang itu turut menghalang lorong kanan laluan berkenaan.

Menerusi maklumat dikongsikan, pengguna jalan raya yang menuju ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dinasihatkan mencari laluan alternatif susulan kesesakan panjang di susur keluar Putra Heights.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan memandu dengan berhati-hati dan sentiasa mengutamakan keselamatan di jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |