Amaran banjir di Petaling Jaya, paras sungai lepasi tahap bahaya

9 hours ago 8
Keadaan Sungai Penchala yang dilaporkan meningkat melepasi tahap amaran bahaya susulan hujan lebat, hari ini. IHSAN MBPJ
  • Oleh HARRITH HISHAM
  • 15 Mei 2026, 7:06 pm

PETALING JAYA – Paras air Sungai Penchala kini berada pada tahap amaran bahaya dan berpotensi meningkat sekiranya hujan terus berlarutan.

Menurut Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sistem amaran banjir telah dibunyikan sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan penduduk sekitar.

Katanya, Skuad Pantas MBPJ juga telah berada di lokasi bagi menjalankan pemantauan dan tindakan segera dari semasa ke semasa.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menghampiri sungai dan longkang besar berikutan arus deras selain sentiasa berwaspada ketika memandu dalam cuaca buruk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir hampir di seluruh negara termasuk Sarawak dan Sabah hingga pukul 6 petang ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |