TANGKAP layar video yang memaparkan letupan dan gumpalan api yang dapat disaksikan penduduk di Kuantan.
- Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
- 21 Ogos 2025, 11:01 pm
KUANTAN – Penduduk di sekitar Kuantan, di sini digemparkan dengan kejadian letupan dengan gumpalan api yang melibatkan kemalangan sebuah pesawat F/A Hornet di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan.
Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial, jelas memaparkan gumpalan api dan asap tebal dipercayai kesan daripada letupan pesawat berkenaan.
Bagaimanapun, tidak dapat disahkan lagi sama ada terdapat kemalangan jiwa atau kecederaan akibat kejadian itu.
TUDM telah pun mengeluarkan kenyataan sebentar tadi dan sedang mengambil tindakan segera berhubung kejadian tersebut.
“Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita yang tidak sahih,” jelas kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

2 months ago
31





![[VIDEO] ‘Tuala wanita punya pasal..tahi di sana, tahi di sini’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-5.19.13-PM.jpeg)
![[VIDEO] ‘Dengan kami pun terikut baca doa’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-5.00.29-PM.jpeg)










































