PETALING JAYA – Hajat sekumpulan penunggang motosikal untuk meneruskan perjalanan terbantut apabila melihat polis melakukan sekatan jalan selepas Plaza Tol Bentong.
Menerusi video tular dimuat naik seorang lelaki di TikTok, sekumpulan pemuda bertindak memberhentikan motosikal mereka sebelum plaza tol tersebut setelah ternampak polis membuat sekatan jalan.
Apa yang melucukan, kelihatan polis trafik yang ternampak tindakan pemuda-pemuda itu dari jauh melambai-lambai tangan seolah-olah memanggil mereka untuk datang.
“Dia panggil mari mari ada buat makan-makan sikit. Kacau mari,” tulis pemilik video itu di kapsyen.
Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 1.7 juta tontonan, 77,400 tanda suka dan 17,600 perkongsian.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur dengan lambaian polis trafik itu selain turut menasihati agar penunggang motosikal sentiasa mematuhi undang-undang.
“Orang dah ajak tu, pergilah nanti kecil hati pula,” komen Seng sambil meletakkan emoji ketawa.
“Ada kenduri dekat depan, dah panggil tu datanglah,” komen Mila.
“Tak apa bang, kalau tak ada salah jangan takut. Yang penting patuh segala peraturan, lesen semua pastikan hidup. Lepas tu jalan buat biasa sahaja,” komen Madyip. – KOSMO! ONLINE
@farhandaniel71 Dia panggil mari2 ade buat makan2 sikit . Kacauuuuu mari .🤣 #ride #bentong #tmt #v8 #fyppppppppppppppppppppppp #f #foryou ♬ original sound – 𝘿𝙅 𝙇𝘼𝙒𝙀𝙀 𝙍𝙀𝙈𝙄𝙓