BUKIT JALIL – “Tidak terdetik langsung nak cari calon suami.”
Demikian perkongsian pelakon Linda Hashim menyentuh kehidupannya selain menegaskan tidak manis mengulas perkara tersebut memandangkan kes perceraiannya di mahkamah belum selesai.
Ujar Linda atau nama lengkapnya Norhazlinda Hashim, 41, fokus utamanya kini adalah untuk mencari rezeki bagi membesarkan anak-anaknya dengan sebaik mungkin.
“Buat masa sekarang saya tak terdetik langsung pun nak cari suami macam ini atau macam itu.
“Tak terlintas langsung, saya cuma fokus cari duit nak besarkan anak,” katanya kepada Kosmo! Online.
Ditanya sama ada Beego enggan melepaskannya kerana bimbang dia akan bersama lelaki lain, Linda mengakui perkara tersebut kerana pernah dibangkitkan namun enggan memberi sebarang komen lanjut.
“Dia ada tanya (pergi ke orang lain) saya tak boleh jawab benda itu sebab luar bidang kuasa saya,” ujarnya.
Berkongsi pendapat peribadi, pelakon filem Syaitan Munafik itu menegaskan bahawa bagi dirinya, wanita mampu berdikari walaupun tanpa kehadiran lelaki dalam hidup mereka.
“Perempuan bukan macam lelaki. Maaf ya, lelaki kalau perempuan tak ada tidak boleh.
“Kita perempuan tak apa, boleh hidup. Bukan nak cakap apa tapi itulah yang saya rasa,” katanya lagi.
Terdahulu, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan tarikh 16 Disember 2025 untuk pihak Linda memfailkan taklik yang masih belum dibuat.
Sebelum ini, Linda dan Beego pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun mereka sepakat rujuk semula pada 9 April 2023 sekali gus hadir bersama ke mahkamah bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.
Linda turut memaklumkan mereka bercerai kali kedua selepas beberapa bulan rujuk kerana masalah sama iaitu tiada persefahaman walaupun mendakwa sudah banyak kali peluang diberikan.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga anak perempuan, Jelita Clarissa, 11; Anggun Cassandra, 10; dan Indah Camelia, 6. – KOSMO! ONLINE

3 hours ago
3
![[VIDEO] ‘Tuala wanita punya pasal..tahi di sana, tahi di sini’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-5.19.13-PM.jpeg)
![[VIDEO] ‘Dengan kami pun terikut baca doa’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-5.00.29-PM.jpeg)















































