PETALING JAYA – Seorang wanita warga Russia membuat laporan polis selepas tular rakaman video yang memaparkan dirinya sewaktu siaran langsung seorang pempengaruh lelaki di sebua restoran baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Threads, Alice Kasimova memaklumkan, tindakan tersebut diambil selepas dia menerima nasihat daripada orang di sekelilingnya yang bimbang akan keselamatannya.
“Saya pergi ke balai polis bukan kerana marah, tetapi (tindakan) berdiam diri hanya melindungi individu yang menyakitkan orang lain. Tiada wanita patut berasa takut untuk mempertahankan diri,” katanya.
Menerusi perkongsian salinan laporan polis itu, wanita warga asing tersebut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 5.37 pagi tadi dan masih menunggu tindakan lanjut daripada pegawai penyiasat berhubung kes berkenaan.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan tindakan pempengaruh lelaki yang membuat siaran langsung dengan bersembang lucah dengan pengikutnya mengenai seorang wanita yang duduk berdekatan tanpa kebenaran sehingga mengundang kemarahan orang ramai.
Difahamkan, wanita itu dirakam ketika makan di sebuah premis, namun lokasinya tidak diketahui.
Insiden itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna media sosial yang menggesa orang ramai supaya lebih menghormati privasi dengan tidak merakam atau menyiarkan video seseorang individu tanpa kebenaran.
“Tindakan yang bagus kerana memang begini cara untuk mengajar lelaki yang suka borak lucah agar menghormati wanita,” komen @Vader_joe
“Kamu buat perkara yang betul dengan membuat laporan polis. Harap lelaki itu akan diambil tindakan sewajarnya,” kata Damien.
“Saya bersyukur kerana kamu ambil berat tentang perkara ini kerana komen daripada lelaki-lelaki itu sangat tidak beradab. Harap awak jaga keselamatan supaya tiada perkara begini berlaku kepada kamu selepas ini,” komen @Redrai68 –KOSMO! ONLINE

3 hours ago
2







![[VIDEO] Drebar bas pecut elak ditahan sebab ikut cakap majikan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-11.34.19_a5272c08.jpg)


![[VIDEO] ‘Guru besar ke? Nampak besar sangat ‘kabel’ dia guna…’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-10.32.20_1d1c3e72.jpg)



![[VIDEO] Selepas 7 tahun masuk Islam, giliran maknya pula ucap syahadah](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_0555.jpeg)


































