[VIDEO] Google Maps ‘jalan kaki’ curi tumpuan warga KL

8 hours ago 6

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang lengkap memakai peralatan menyerupai kamera gergasi di belakangnya menjadi tular selepas dirakam pengguna TikTok sedang berjalan di ibu kota, dipercayai sebagai ‘penjejak’ Google Maps.

Menerusi hantaran oleh pengguna TikTok, individu itu digambarkan membawa peranti sebesar beg galas gergasi yang kelihatan lebih berat daripada alatan gim.

“Baru saja ternampak penjejak Google Maps depan mata!” tulis pengguna itu yang teruja melihat alat imbasan digunakan untuk rakaman Google Street View secara langsung.

Peranti tersebut dipercayai digunakan Google bagi merakam imej jalan-jalan kecil atau laluan pejalan kaki yang tidak dapat diakses menggunakan kenderaan.

“Rasa macam nak semak Google Maps nanti kalau-kalau muka saya masuk sekali,” ujarnya.

Hantaran tersebut telah menerima pelbagai reaksi oleh netizen.

“Mana nak minta kerja ni? Sambil berjalan kurus badan, siap masuk gaji,” kata @Tahpapetah.

”Ada kerja kosong tak? Seronok jalan-jalan,” kata @Notification.

“Baru tau ada yang jalan kaki punya. Biasanya nampak yang kenderaan je,” komen @Mr_Nobody. – KOSMO! ONLINE

@wbbb_ttt 🇲🇾 KL!! Feels like half the city got “caught on camera” today.. OMG! Just spotted a Google Maps scout IRL 👀 Dude was carrying this MASSIVE backpack rig – looks heavier than my gym weights 😳 . Turns out it’s a literal human-sized Street View scanner!! Lowkey wanna check Maps later to see if I made a cameo LOL 📸 . #google #googlemap #jet2holidays #malaysia #kualalumpur ♬ 原聲 – 渐斌果子
Read Entire Article
Pertanian | | | |