[VIDEO] ‘Air mata mengalir lihat jasad Zara, tiada bau atau kerosakan’

9 hours ago 4

PETALING JAYA – “Kami sudah bersedia berdepan keadaan jasad yang sukar dilihat kerana sudah 23 hari dikebumikan, tetapi kuasa Allah tunjukkan sesuatu yang luar biasa. Jasad Allahyarham Zara Qairina masih utuh, sempurna dan tidak berbau.”

Itu perkongsian seorang individu yang terlibat secara langsung dalam pengurusan jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir ketika berucap di Himpunan Solidariti Zara di Padang Tenom, semalam.

Menurutnya, sebaik menerima arahan untuk menggali semula kubur Allahyarham, semua yang terlibat sudah bersedia secara mental kerana bimbang jasad tidak lagi sempurna.

Namun, apa yang ditemui benar-benar menginsafkan.

“Air mata terus mengalir apabila melihat jasad arwah masih sempurna, seolah-olah baru sahaja dikebumikan. Tiada bau, tiada kerosakan. Kuasa Allah benar-benar ditunjukkan kepada kita semua,” katanya.

Cerita lelaki itu lagi, sejak hari pertama membawa pulang jenazah dari Hospital Queen Elizabeth ke kampung halaman sehingga ke pengebumian, setiap perjalanan ditemani orang ramai yang mengiringi dengan penuh rasa hormat.

“Saya sendiri membawa jenazahnya balik, diiringi lebih 50 kereta. Bayangkan, kalah VVIP. Di setiap daerah, setiap zon, ada orang menunggu di tepi jalan. Saya kira lebih 23 kumpulan,” katanya.

Lebih menyentuh hati, katanya, arwah Zara sejak kecil dikenali sebagai anak yang menjaga solat, menutup aurat serta disenangi rakan-rakan sekeliling.

“Bagi saya, pengalaman ini bukan sekadar pengurusan jenazah, tetapi satu amanah Allah. Arwah Zara telah pergi, tetapi Allah pelihara jasadnya dengan begitu sempurna. Ia tanda kebesaran-Nya,” tambahnya.

Beliau berkata, sepatutnya mereka datang duduk belakang saja tetapi semasa waktu solat terserempak dengan Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin, sebelum mengajak mereka ke depan pentas utama dan diberikan satu slot untuk berucap.

Himpunan tersebut dihadiri puluhan ribu orang yang tidak dapat menahan sebak apabila mendengar pengalaman itu, sekali gus menguatkan lagi tuntutan agar keadilan untuk Zara ditegakkan.

Suasana hening bertukar sebak apabila bacaan doa, tayangan video dan laungan Justice for Zara bergema di seluruh padang.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia pada 17 Julai lalu di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di asrama sekolahnya di Papar.

Jabatan Peguam Negara kemudian mengarahkan mayatnya digali semula untuk tujuan bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

@lalla_toron Jenazah Masih Utuh & Tidak Berbau #justiceforzara #zaraqairina #livehighlights #justiceuntukzaraqairina ♬ original sound – Lalla Toron
Read Entire Article
Pertanian | | | |