Seorang maut, 10 cedera kilang keluli meletup

4 days ago 9
Keadaan kilang U.S. Steel Clairton Coke Works selepas tiba-tiba meletup semalam. - AFP
  • Oleh KOSMO
  • 12 Ogos 2025, 10:33 am

ALLEGHENY, PENNSYLVANIA – Sekurang-kurangnya seorang pekerja maut, manakala 10 lagi cedera selepas sebuah kilang keluli di negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat tiba-tiba meletup, lapor agensi berita United Press International semalam. 

Letupan berlaku sekitar pukul 11 pagi (waktu tempatan) di U.S Steel Clairton Coke Works, kira-kira 24.14 kilometer dari tenggara bandar Pittsburgh. 

Mangsa maut dikenal pasti sebagai seorang pekerja bernama Timothy Quinn yang berusia 39 tahun. 

“Kami berduka cita untuk berkongsikan bahawa seorang rakan sekerja U.S Steel Clairton Coke Works kehilangan nyawa hari ini (semalam). Kami sedang mencari seorang lagi mangsa yang hilang dan komited untuk menyediakan setiap maklumat serta sokongan semasa waktu sukar ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif U.S Steel Clairton Coke Works, David B. Burritt. 

Seramai 10 mangsa dan dua kakitangan perubatan dibawa ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut. 

“Masih belum jelas punca letupan,” kata Naib Presiden Eksekutif U.S Steel Clairton Coke Works, Scott Buckiso. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |