‘Saya ambil tali, ikat suspek supaya dia tak lari’

1 day ago 9
Suspek dipercayai menikam mangsa lelaki sehingga maut di Senawang, pagi tadi.
  • Oleh NOR SHAFAWATI YUP
  • 12 Ogos 2025, 6:38 pm

SEREMBAN – Suspek yang dipercayai menikam mangsa lelaki sehingga maut dalam kejadian di Taman Seri Pagi, di sini telah diikat dengan tali supaya tidak melarikan diri.

Seorang jiran berusia 66 tahun yang enggan namanya dikenali berkata, ketika kejadian sekitar pukul 6.30 petang dia mendengar jeritan ayah mangsa dan mendapati mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran dadah di hadapan rumah.

“Ketika itu saya tidak fikir panjang terus hubungi pihak ambulans. keadaan mangsa seperti sudah tidak dapat diselamatkan (nyawa-nyawa ikan). Kemudian saya ambil tali dan ikat suspek supaya dia tidak melarikan diri sebelum polis tiba,” katanya.

Jenazah mangsa disolatkan di Surau Taman Sri Pagi, Senawang selepas solat zuhur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Forest Heights di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |