Tengku Muhammad Fakhry Petra (kanan) ketika mengisytiharkan pohon pitis sebagai warisan Kelantan pada Majlis Perasmian Festival Senjata Warisan Kelantan 2026 di Istana Balai Besar, Kota Bharu, hari ini.
- Oleh KOSMO!
- 10 September 2026, 7:51 pm
KOTA BHARU – Pohon pitis secara rasminya diisytiharkan sebagai warisan Kelantan dalam istiadat bersejarah di Istana Balai Besar, di sini, hari ini.
Pengisytiharan itu disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra yang berkenan mencemar duli untuk menyempurnakan sendiri istiadat sekali gus sekali gus merasmikan Festival Senjata Warisan Kelantan 2026.
“Beta merasmikan Festival Senjata Warisan Kelantan dan mengisytiharkan bahawa Pohon Pitis sebagai Warisan Kelantan,” titah baginda pada Majlis Perasmian Festival Senjata Warisan Kelantan dan Pengisytiharan Pohon Pitis Sebagai Warisan Kelantan, di sini, hari ini.
Tengku Muhammad Fakhry kemudian berkenan mencemar duli melawat ruang pameran sebelum berangkat pulang. – KOSMO! ONLINE

22 hours ago
13








![[VIDEO] Zoo Negara dilanda banjir, badak air ‘berenang’ dalam kandang](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-11-at-11.06.13-AM.jpeg)



































![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)



