KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui UMNO bersedih susulan keputusan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang.
Menurut beliau, UMNO sebelum ini berharap permohonan berkenaan dapat dipertimbangkan dan keputusan terbaik dapat dicapai terhadap bekas Presiden UMNO itu.
“Kami bersedih dengan keputusan itu. Walaubagaimanapun, kami tetap menjunjung kasih. Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Agong.
“Kami merayu agar gunakanlah seluruh kebijaksanaan dan daulat Tuanku untuk membuat keputusan yang terbaik dan kami tetap mendokong Institusi Diraja.
“Kami tetap mendaulatkan Raja-Raja dan kami mengharapkan sesuatu yang terbaik diberikan kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,”katanya Ketika ditemui selepas ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan Najib ditangguhkan untuk dipertimbangkan pada mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan datang.
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang berlangsung hari ini yang turut mempertimbangkan permohonan pengampunan bagi banduan lain.
Najib kini menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan pada 2022 mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes SRC International.
Pada Februari 2024, Lembaga Pengampunan sebelum ini memutuskan untuk mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Keputusan itu dibuat selepas Najib mengemukakan petisyen pengampunan kepada Lembaga Pengampunan.
Najib kemudian memfailkan tindakan undang-undang bagi mendapatkan hak menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah, namun usaha itu tidak berjaya selepas mahkamah menolak permohonan berkenaan.-KOSMO! ONLINE

3 hours ago
4







![[VIDEO] Zoo Negara dilanda banjir, badak air ‘berenang’ dalam kandang](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-11-at-11.06.13-AM.jpeg)




































![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)



