
- Oleh KOSMO
- 18 Ogos 2025, 1:31 pm
CANBERRA – Dua lelaki cedera selepas pesawat ringan yang dinaiki mereka terhempas dan nyaris merempuh beberapa pemain di sebuah padang golf di Australia, lapor akhbar The Sun UK.
Kejadian berlaku di Kelab Golf Mona Vale, pinggir bandar Sydney semalam.
Rakaman video kejadian di platform Instagram menunjukkan pesawat jenis Piper Cherokee itu membuat pendaratan cemas dan terbang rendah sebelum terhempas di atas rumput.
Mangsa yang cedera merupakan seorang juruterbang dan pelajar, demikian menurut Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.
Mereka dirawat di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Tiada mangsa di darat dirempuh dalam insiden tersebut.
“Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian,” kata Biro Keselamatan Pengangkutan Australia. – AGENSI