Pemandu maut, lori tangki meletup

11 hours ago 6
Seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori maut, manakala pembantunya cedera ringan selepas tangki lori mereka meletup di Kuala Sawah, Rantau, tengah hari tadi. - Foto IHSAN BOMBA
  • Oleh NOR AINNA HAMZAH
  • 16 Ogos 2025, 10:31 pm

SEREMBAN – Seorang pemandu lori maut, manakala pembantunya cedera selepas tangki lori yang sedang memproses kimpalan meletup di sebuah bengkel di Kuala Sawah, Rantau, di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang itu, kedua-dua mangsa dikatakan berada di atas lori tangki bagi membuat kerja-kerja kimpalan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau, Pegawai Bomba Kanan 1, Mohd Syazwan Saidi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 1.23 petang sebelum Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya dikejarkan ke lokasi.

“Pemandu lori berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan manakala pembantu bengkel yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar bagi rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Difahamkan dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa melambung kira-kira tiga meter sehingga hampir mencecah bumbung bengkel. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |