
- Oleh ROSMIZAN RESDI
- 16 Ogos 2025, 7:24 pm
KUALA KRAI – Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas jengkaut yang dikendalikannya terbalik di Ladang Sigurros, Kampung Slow Pok Long, Dabong di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di bahagian tempat duduk jentera berat berkenaan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Dabong, Che Azwan Che Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kemalangan melibatkan sebuah jengkaut yang terbalik.
Menurutnya, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dabong tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 5.19 petang. – KOSMO! ONLINE