‘Pekerja Bangladesh pun tahu pasang bendera dengan betul, malulah sikit’

5 hours ago 6

PETALING JAYA – “Pekerja saya yang datang dari Bangladesh pun tahu macam mana nak pasang bendera Malaysia dengan betul”.

Itu antara luahan pengusaha nasi kandar terkenal menerusi satu hantaran di laman Facebooknya yang memaklumkan premis terbabit telah memasang bendera Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan..

Jelas Nasi Kandar Sulaiman, tiada alasan bagi orang yang lahir di Malaysia untuk memasang bendara terbalik.

“Ini dia kita sudah pun pasang bendera Malaysia tanda hari merdeka sudah dekat. Bendera kita pasang betul-betul. Pekerja saya yang pasang.

“Saya rasa tiada alasan bagi orang yang lahir di negara kita pasang bendera terbalik. Pekerja saya yang datang dari Bangladesh pun tahu macam mana nak pasang bendera Malaysia dengan betul,”tulisnya pada hantaran tersebut.

Jelas pengusaha itu lagi, seharusnya pihak yang memasang bendera terbalik patut malu terutamanya yang lahir di Malaysia.

“Malulah kalau yang lahir sini tidak tahu pasang. Kita semua perlu peka dalam bab ini.

“Kita pasang bendera dengan betul itu merupakan tanda kehormatan kita kepada negara kita. Tanda kita hargai negara kita,”ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menyokong kenyataan pengusaha nasi kandar terbabit.

“Orang waras tak akan pasang bendera terbalik. Pasang bendera terbalik satu kesalahan, maksudnya tak fokuss masa pasang. Hormat bendera negara , tak ada alasan pasang terbalik,”komen Parthiban Ramalingam.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ther Nang.

“Betul mamu, pasang bendera bagi betul, lahir di Malaysia, hidup di Malaysia, sekolah di Malaysia tiba-tiba pasang terbalik bendera kebangsaan. Konon tak perasan, kalau budak dah kena luku,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |